Pengalaman semasa di airport dinegara selatan tanah air.
Ketika itu jam hampir tengah hari, selepas keluar
dari hotel 5 bintang.
Perut pun berasa amat lapar, saya singgah disatu restoran
disitu dan berbaris seperti yang lain.
Restoran tu saya lihat biasa aje,
tiada tulis ape2 yang meragukan. Bila tiba giliran saya,
dengan
muka manis dan peramah pembantu berbangsa China ini
memaklumkan bahawa saya tidak bolih makan disini.
Saya terkedu seketika, saya bertanya dia MENGAPA
dlm bahasa Inggeris.
Dengan baik dia menjawab bahawa di restorannya
menjual makanan yang
TIDAK HALAL.
Melopong saya dan dia memberitahu kalau
mahu makan muslim food
hanya ada satu saja restoran disitu.
Dengan baik dia tunjukkan saya satu restoran Indo masakan padang
yang agak jauh dan tersorok sedikit
dan ramai gak yang makan disitu.
Baru lega hati. Dalam
hati saya berkata, BAIKNYA pembantu China itu.
Ingatkan duit saya tak laku. Hehehe. Gelihati pulak.
Pengalaman ini mengajar saya agar lebih berhati-hati,
walaupun
memang saya selalu berhati-hati. Masalah nak makan
bila saya kesini
dah banyak kali berlaku. Disini agak susah nak cari
kedai makan yang HALAL,
jika anda tidak tahu lokasi sebenarnya.
Bila tiba di tanahairku, senang rasa hati tidak terkiranya.
Nak makan apa, makan lah......
HUJAN EMAS DINEGERI ORANG,
HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI,
BIARLAH DINEGERIKU YANG TERCINTA INI.
Mesej disini ialah pekerja yang amanah,
kalau nak cari tempat makan, bukalah mata
seluasnya agar tidak terkena.
Mungkin anda pun ada pengalaman yg seakan
serupa, bolihlah kongsi pengalaman disini.
Jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment