Monday, 15 August 2011

MEKAH


Assalammualaikum, berjumpa lagi,
Setelah sampai di Mekah kita akan diminta kebilik masing2 spt mana di beri maklumat dan tag di beg masing2.
Setelah selesai berkemas dibilik , maka kita akan dipanggil untuk pergi ke Kaabah mengikut jadual bagi menyempurnakan Umrah kita. Sekarang kita masih didalam ihram dimana pergerakan kita masih terhad bukan?
Kita akan dibawa olih mutawif yg telah TH sediakan. Kerjakan ibadah mengikut aturan sebaik mungkin sehingga selesai tahallul. Lepas ni kita akan bebas dari Ihram.
Beberapa hari di Mekah kita akan diberi penerangan untuk mengerja Umrah sendirian sebelum tiba masanya untuk mengerjakan Haji.
Jika nak ke Tanaim iaitu miqat yg terdekat dari Mekah, pilih lah kenderaan yg elok dan baik di luar hotel kita menginap. Ada kenderaan yg daif sangat berada diluar, dan mereka ini akan mengenakan tambang yang kita bolih pilih. Kadang2 kenderaan yg buruk tu memberi perkhidmatan yg tak selesa, spt tayar pancit la, tempat duduk yg teruk dan mcm2 lg.
Dihari2 berikutnya kita akan diberi penerangan bagaimana nak ke Masjid tanpa sesat, ikuti ceramah2 yg diberikan. Insyaalah kita akan selamat.
Beberapa hari di Kota Mekah kita akan bersiap sedia pulak untuk ke Arafah bagi menunaikan Rukun Haji seterusnya.  Jumpa lagi.

Monday, 4 July 2011

“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

Salam bertemu lagi,
Diatas adalah Masjid Madinah Al-Munawwarah diwaktu malam, masih ramai orang disekitar.
Sabda Rasulullah s.a.w bemaksud "  Sesiapa yang menunaikan fardhu Haji ke Baitullah al-Haram dan tidak menziarahi ku sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada ku" -Hadith Riwayat
 Al-Tabarani.

Jadi jika anda memasuki Madinah samaada dari Jeddah atau terus ke Madinah aturcaranya sama aje semasa di Madinah.  Anda sampai di hotel anda akan disambut oleh Pegawai2 dan Pekerja2 Tabung Haji .
Di hari kedua semua jemaah akan diminta berkumpul disebelahan hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Ini disebut Ziarah Dalam.
Hari ketiga selepas sarapan jemaah diminta  berkumpul lebhkurang jam 7.00 pagi dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba (kita akan bersembahyang disini), Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain (kita akan bersembahyang disini jugak), Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat. Ini disebut Ziarah Luar.

Lawatan ini akan diuruskan olih Tabung Haji, jadi diharap anda semua jangan ketinggalan Semua nya akan menurut jadual. Bila mana anda telah mencukupi 40 waktu, masa untuk bergerak ke Mekah akan dimaklumkan.

Dihari terakhir jemaah diminta  bangun untuk sembahyang subuh seperti biasa di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) ingat nombor bas, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan.  Hingga jumpa lagi...

Sunday, 3 July 2011

HARI BERIKUTNYA DI MADINAH

Masjid Nabawi di Madinah
Salam sejahtera,
Bertemu lagi. Saya akan cerita2 ringan aje di Madinah kali ini. Saya bukan lah penulis yang baik, sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya akan cerita selama tinggal di Kota Madinah ni apa yang kita lakukan setiap hari selama lebih kurang 7 ke 8 hari.
Disini kita akan mencukupkan 40 sembahyang waktu, dan akan ke Mekah selepas tu.

Bangun pagi untuk subuh biasa lah, nak rebut bilik air, so sape2 yang selalu suka dok dalam bilik air lama2 biasakan lah diri cepat keluar sebab ramai lagi kawan kita yg nak gunakan jugak.
Siap cepat dan jangan lupa beg sandang yang berisi sejadah kecil, tasbih, duit sikit, pelastik simpan selipar, kad nama, botol spray air, tuala muka kecil, kunci bilik dan lain2 yg dirasakan perlu bawak.

Setiap hari beginilah keadaan nya. Nak rebut lif hotel lagi, semua orang akan keluar serentak, so pandai2lah adjust masa.  Perjalanan ke masjid tidak jauh tetapi ramai berjalan laju bersaing2an.
Sesampai dimuka pintu masjid disini anda dapati org ramai berpusu untuk pemeriksaan oleh polis wanitanya yang memakai serba hitam,  hah disini kena hati2, ikut barisan kalau tidak dia akan jerit suruh kita kebelakang ikut barisan.
Dalam masjid ada disediakan bertong2 air zam-zam. Jika sempat anda minum lah sedikit bagi membasahkan tekak. Ok.. carilah tempat untuk bersembahyang dan anda akan dapati orang dah ramai dan tempat pun dah hampir penuh. Jgn pentingkan diri, kecil2 kan saiz badan sedikit, maklumlah tempat terhad, bukan macam di Malaysia tempat lapang banyak.
Sesiapa yang lambat berkemungkinan tak dapat masuk dan sembahyang diluar aje. Dalam masjid sesetengah tempat tak berkarpet dan diluar lagi lah.

Setelah selesai sembahyang, biasa lah orang berpusu2 berebut di muka pintu masjid nak keluar. Jaga beg sandang dan plastik selipar, jangan hilang atau jatuh, jika jatuh ditakuti anda dilanggar oleh jemaah2 lain yang kasar2 berebut nak keluar. Jika anda pergi berteman, tunggu teman anda diluar. Masa nak keluar tu semua hal masing2.

Terus ke tempat cari makan sebelum orang menjadi ramai. Di hotel pun ada sarapan pagi tapi kena bayar lah. Makanan ok gak, tapi kalau nak rasa makanan atau sarapan kat luar sekali sekala  bolih lah. Masa ni lah yang ramai menjamu mata, kedai2 mula dibuka dan shopping pun bermulalah.
Dikiri kanan jalan ada dijual barang2 yang agak murah gak harganya. Anda belilah yang dirasakan perlu aje.
Masa yang agak lama antara subuh ke zohor. Gunakan masa sebaiknya. Biasa lah semasa membeli belah tu ada tawar menawar. Jaga duit dan kad nama. Sebab kad nama tu adalah Buku Akaun anda. Jika nak keluarkan duit, anda hanya menggunakan kad tersebut. Buku Akaun TH tak perlu bawa, begitu gak kad pengenalan dan lesen memandu. Tinggalkan aje kat Malaysia.
Semasa beshopping tu jangan terlalu teruja. Nanti penuh bagasi besar kena buat pos barang ke Malaysia plak. Perkhidmatan pos barang ke Malaysia sentiasa menanti anda, apa2 pun semuanye kena bayar lah.

Begitulah sehingga sampai waktu nak masuk zohor, berebut lagi. Makan tengah hari siap selepas sembahyang zohor. Pergi ke masjid cepat sebab bolih buat sembahyang sunat dan baca al Quran. kalau bolih khatam sekali kat Madinah selama tempoh disana. Masa yang bolih kita bersantai sikit ialah antara subuh ke zohor, zohor ke asar dan berikutnya masa dia dah pendek2 sehinggalah waktu isyak ke subuh. Ketika tu kita dah penat keletihan, dan masa tu jugaklah akan digunakan untuk nak kemas2 beg dan barang keperluan.

Tidur dan perlu rehat yang sebaiknya untuk bangun besok pagi dan rutin biasa sehingga cukup 40 waktu dan anda akan diberitahu bila masa untuk bergerak ke Mekah pula. Anda perlu cergas setiap masa, jaga2 waktu2 begini sakit akan datang bila2 masa. Selalulah berdoa minta sehat dan baik kesihatan. Ok lah hingga ketemu lagi. Mungkin besok anda akan dibawa menziarah Masjid dan makam Nabi s.a.w. Atau mungkin pada pagi kedua anda disana. So jaga2lah kesihatan, itu yang paling perlu sebab disini hendak kemana2 semuanye ngan jalan kaki.

Friday, 24 June 2011

Minggu Pertama


Hotel Al Haram (Ramai Jemaah TH disini)










Salam bertemu lagi.

Selepas semua dah bersedia naik pesawat, penerbangan mengikut jadual.
Oh ya untuk kemudahan nak baca Al-Quran bawalah senaskah Quran kecil yg bolih dibawa dalam beg kecil nanti. Beli yg berbalut dengan pelastik, so kalau kita tak ada wuduk masih lih pegang. Ukuran dia dalam 5 x 7 inci, bawa dari Malaysia, kalau kat sana nak kena cari kedai plak. Klau dah ada bila2 masa lih baca. Jangan buang masa, baca dalam masjid kalau tak buat sembahyang sunat. Rebut lah peluang, kalau dapat khatam kat Madinah 1 kali.

Jemaah perlu ingat didalam pesawat TIDAK dibenarkan mengambil wuduk dlm bilik air. Sekadar melepaskan hajat saja, tapi bolih lah basuh muka. Biasakan dan buat latihan dengan menggunakan botol semburan(spray) yg akan disediakan oleh TH. Lagi satu bawa sepasang selipar lebih untuk ke Masjid takut2 nanti hilang. Selipar kat sana tak sedap langsung.

Penerbangan mengambil masa lbh kurang 7 ke 8 jam.
Kalau kena turun di Madinah, pemeriksaan di Imigresen amat amat lah membosankan.
Anda diuji lagi dengan kerenah ntah apa2 oleh pegawai2 disitu, so SABAR ajelah.
Ambil cap jari kesemua jari, kecuali jari kaki. Orang2 tua yang naik kerusi roda pun tidak terkecuali, bayangkan lah........lambat nye.

Di Madinah, anda akan dibawa ke Hotel dan bagasi besar akan dihantar olih pekerja ke bilik hotel mengikut pelekat di bagasi semasa kita lekat di Kelana Jaya. Lekat baik2 biar senang nampak. Beg kecil yg dibimbit, hendaklah dibawa sendiri bersama beg kecil sandang.

Beg sandang kecil perlu dibawa kemana2 kita pergi. Apa yg perlu ada didalam ialah passport, buku kesihatan, tanda nama atau tag dr THaji, buku doa dan buku cara2 mengerjakan Haji, Quran, sedikit wang tunai Rial dan lain2 keperluan yg Jemaah rasa perlu. Botol spray air dan tuala kecil,sedikit tisu. Pelastik isi kasut ke Masjid. Ramai yg membeli beg lain yg lbh besar sikit apabila sampai di Madinah.Sebab kaum wanita ni banyak yang nak kena bawa. heheheh.

Saya nasihatkan setiap Jemaah perlu ada tunai ditangan lebehkurang 500 rial. Simpan ditempat selamat. Bawa sedikit2 untuk belanja, sbb minum pagi kena belanja sendiri.
Kalau nak tukar di Bank Tabung Haji di Hotel orang ramai, kena tunggu lama gak, buang masa.

Perlu ingat, Jemaah kenalah cam betul2 Hotel yg kita tinggal dan biasakan keadaan disekeliling.
Ramai gak yg sesat, sebab terlupa nak buat pengecaman Hotel.
Keluar awal ke Masjid dan JANGAN bawa hand-phone atau camera.
Kalau nak bawa jugak kenalah sorok2 dibahagian yg dia tak dapat raba.

Dipintu masjid ada polis wanita atau jaga yg akan memeriksa setiap Jemaah yg masuk.
Mereka akan suruh kita bawa balik ke hotel benda2 ini atau rampas. Buang masa nanti.

TETAPI dipihak lelaki pemeriksaan dia agak longgar dan jaganya tidak kisah.

Ok, nanti jumpa lagi......


























































































Thursday, 16 June 2011

Pengalaman Di Tanah Suci Mekah

Assalammualaikum kepada muslimin dan muslimat sekelian,
Hati saya terpanggil untuk berkongsi cerita semasa di Mekah pada 2010 lalu.
Diharap coretan ni nanti akan dapat menjadi panduan sedikit untuk jemaah yang akan mgerjakan Haji tahun ini dan dimasa akan datang.

Bermula dari hari Pertama sehinggalah kembali ke Tanah Air.
Anda perlu jaga kesihatan, mesti kuat mental dan fizikal, kerana sebaik saja kaki kita berpijak di Kelana Jaya maka ujian Allah pun bermula.

Apabila kita berada di Kelana Jaya untuk checkin, berpada2 lah kaum keluarga yg menhantar kita kesana. Ramai2 boleh, tapi diluar dari garisan nak masuk Ruang Lapor Diri. Saya dapati masa hari tu yg nak pergi seorang tetapi yg masuk hantar empat ke lima orang dan menjadikan tempat tu sesak dan panas. Ujian bagi Jemaah lain pun bermula. Kita nak marah. nak tegur dah jadi serba salah. So telan ajelah sambil didalam hati meminta petunjuk dari Allah. "Ya Tuhanku, permudahkan lah laluanku" sambil beristigfar banyak2.

Keputusannya: Kalau nak ucap Selamat Jalan buat lah kat luar tu, jgn sedih2 sgt sbb nnt menganggu perasaan Jemaah plak.


Apa yg perlu ada dlm bagasi selain persiapan biasa untuk berjalan jauh ialah bawa ekstra ubat bagi mereka yg tak ada penyakit berat. Kalau ada penyakit berat refer Doktor masing2. Ini bagi mereka seperti saya yg tak ada penyakit berat apa2. Syukur Alhamdulillah.

Bawalah sedikit panadol, gula2 ubat batok spt Woods, pain killer ke atau apa2 yg kita rasa perlu spt dok kat Malaysia. Perlu ada dlm bagasi hanger baju, tali nak sidai baju, bawa sikit serunding. Apa2 rasa yg kita suka sbb kat sana abih lama lih makan nasi bekal 7 hari, pastu mula lah nak tukar selera. Hehehehe.

Monday, 4 February 2008

KUMAN HIV DAN AWAS APABILA MEMANDU

Cara terbaru teryebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya.. .
Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positifseronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliautelahmerosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.
Jadi silaberhati-hati. .. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.
1.
Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakaiselipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepipantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2.
Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihanpenagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telahtercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3.
Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yangterjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasasesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' ..Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. .. .
4.
Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkanpenyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik didalamnya.
5.
Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanyameletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger denganmayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


AWAS !!

Teknik merompak pemandu kereta Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.
Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang
Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratan akhbar yang diselit di wiper cermin belakang.
Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut.
Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running). ..
Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!!

Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak .Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta andaApabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang

MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)
Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.

Kertas suratkhabar di jalan raya
Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain.
Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut.
Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar.
Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut.
Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali.

Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!!
Oleh itu antara tips penting ialah :Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll.
JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya .
Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja.
Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !!
Buka cermin sedikit dan minta IC mereka.
Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka.
Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka).
Pada setiap masa tersebut pastilkan kereta anda didalam CENTRAL LOCKTetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda).

Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda.
Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi.
Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya.

Forwardkan dan Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical SciencesUSM,
Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .

Tuesday, 11 September 2007

HINDARI 6 JANGAN SELEPAS MAKAN

1. JANGAN MEROKOK

Penyelidikan membuktikan menghisap satu batang rokok

selepas makan bersamaan 10 batang pada waktu lain.



2. JANGAN MINUM TEH



3. JANGAN TERUS MAKAN BUAH

Makan buah selepas makan akan membuat perut kembung sebab

terlalu banyak air. Lebih baik makan 1-2 jam setelah makan atau

1/2 jam sebelum makan.



4. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN

Mampu meningkat aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh

mengakibatkan jumlah darah dikawasan perut dan sekitar menurun.

Akan melemahkan sistem pencernaan.



5. JANGAN TERLALU BANYAK BERJALAN

Akan mengakibat sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi

drp makanan yg dimakan.



6. JANGAN TERUS TIDUR

Sistem pencernaan terganggu mengakibatkan usus anda akan luka atau

terkena jangkitan.



Jadi awaslah apabila sudah makan.

Selamat Makan. Alhamdullilah.