Monday, 15 August 2011

MEKAH


Assalammualaikum, berjumpa lagi,
Setelah sampai di Mekah kita akan diminta kebilik masing2 spt mana di beri maklumat dan tag di beg masing2.
Setelah selesai berkemas dibilik , maka kita akan dipanggil untuk pergi ke Kaabah mengikut jadual bagi menyempurnakan Umrah kita. Sekarang kita masih didalam ihram dimana pergerakan kita masih terhad bukan?
Kita akan dibawa olih mutawif yg telah TH sediakan. Kerjakan ibadah mengikut aturan sebaik mungkin sehingga selesai tahallul. Lepas ni kita akan bebas dari Ihram.
Beberapa hari di Mekah kita akan diberi penerangan untuk mengerja Umrah sendirian sebelum tiba masanya untuk mengerjakan Haji.
Jika nak ke Tanaim iaitu miqat yg terdekat dari Mekah, pilih lah kenderaan yg elok dan baik di luar hotel kita menginap. Ada kenderaan yg daif sangat berada diluar, dan mereka ini akan mengenakan tambang yang kita bolih pilih. Kadang2 kenderaan yg buruk tu memberi perkhidmatan yg tak selesa, spt tayar pancit la, tempat duduk yg teruk dan mcm2 lg.
Dihari2 berikutnya kita akan diberi penerangan bagaimana nak ke Masjid tanpa sesat, ikuti ceramah2 yg diberikan. Insyaalah kita akan selamat.
Beberapa hari di Kota Mekah kita akan bersiap sedia pulak untuk ke Arafah bagi menunaikan Rukun Haji seterusnya.  Jumpa lagi.

No comments: