Masjid Nabawi di Madinah
Salam sejahtera,
Bertemu lagi. Saya akan cerita2 ringan aje di Madinah kali ini. Saya bukan lah penulis yang baik, sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya akan cerita selama tinggal di Kota Madinah ni apa yang kita lakukan setiap hari selama lebih kurang 7 ke 8 hari.
Disini kita akan mencukupkan 40 sembahyang waktu, dan akan ke Mekah selepas tu.
Bangun pagi untuk subuh biasa lah, nak rebut bilik air, so sape2 yang selalu suka dok dalam bilik air lama2 biasakan lah diri cepat keluar sebab ramai lagi kawan kita yg nak gunakan jugak.
Siap cepat dan jangan lupa beg sandang yang berisi sejadah kecil, tasbih, duit sikit, pelastik simpan selipar, kad nama, botol spray air, tuala muka kecil, kunci bilik dan lain2 yg dirasakan perlu bawak.
Setiap hari beginilah keadaan nya. Nak rebut lif hotel lagi, semua orang akan keluar serentak, so pandai2lah adjust masa. Perjalanan ke masjid tidak jauh tetapi ramai berjalan laju bersaing2an.
Sesampai dimuka pintu masjid disini anda dapati org ramai berpusu untuk pemeriksaan oleh polis wanitanya yang memakai serba hitam, hah disini kena hati2, ikut barisan kalau tidak dia akan jerit suruh kita kebelakang ikut barisan.
Dalam masjid ada disediakan bertong2 air zam-zam. Jika sempat anda minum lah sedikit bagi membasahkan tekak. Ok.. carilah tempat untuk bersembahyang dan anda akan dapati orang dah ramai dan tempat pun dah hampir penuh. Jgn pentingkan diri, kecil2 kan saiz badan sedikit, maklumlah tempat terhad, bukan macam di Malaysia tempat lapang banyak.
Sesiapa yang lambat berkemungkinan tak dapat masuk dan sembahyang diluar aje. Dalam masjid sesetengah tempat tak berkarpet dan diluar lagi lah.
Setelah selesai sembahyang, biasa lah orang berpusu2 berebut di muka pintu masjid nak keluar. Jaga beg sandang dan plastik selipar, jangan hilang atau jatuh, jika jatuh ditakuti anda dilanggar oleh jemaah2 lain yang kasar2 berebut nak keluar. Jika anda pergi berteman, tunggu teman anda diluar. Masa nak keluar tu semua hal masing2.
Terus ke tempat cari makan sebelum orang menjadi ramai. Di hotel pun ada sarapan pagi tapi kena bayar lah. Makanan ok gak, tapi kalau nak rasa makanan atau sarapan kat luar sekali sekala bolih lah. Masa ni lah yang ramai menjamu mata, kedai2 mula dibuka dan shopping pun bermulalah.
Dikiri kanan jalan ada dijual barang2 yang agak murah gak harganya. Anda belilah yang dirasakan perlu aje.
Masa yang agak lama antara subuh ke zohor. Gunakan masa sebaiknya. Biasa lah semasa membeli belah tu ada tawar menawar. Jaga duit dan kad nama. Sebab kad nama tu adalah Buku Akaun anda. Jika nak keluarkan duit, anda hanya menggunakan kad tersebut. Buku Akaun TH tak perlu bawa, begitu gak kad pengenalan dan lesen memandu. Tinggalkan aje kat Malaysia.
Semasa beshopping tu jangan terlalu teruja. Nanti penuh bagasi besar kena buat pos barang ke Malaysia plak. Perkhidmatan pos barang ke Malaysia sentiasa menanti anda, apa2 pun semuanye kena bayar lah.
Begitulah sehingga sampai waktu nak masuk zohor, berebut lagi. Makan tengah hari siap selepas sembahyang zohor. Pergi ke masjid cepat sebab bolih buat sembahyang sunat dan baca al Quran. kalau bolih khatam sekali kat Madinah selama tempoh disana. Masa yang bolih kita bersantai sikit ialah antara subuh ke zohor, zohor ke asar dan berikutnya masa dia dah pendek2 sehinggalah waktu isyak ke subuh. Ketika tu kita dah penat keletihan, dan masa tu jugaklah akan digunakan untuk nak kemas2 beg dan barang keperluan.
Tidur dan perlu rehat yang sebaiknya untuk bangun besok pagi dan rutin biasa sehingga cukup 40 waktu dan anda akan diberitahu bila masa untuk bergerak ke Mekah pula. Anda perlu cergas setiap masa, jaga2 waktu2 begini sakit akan datang bila2 masa. Selalulah berdoa minta sehat dan baik kesihatan. Ok lah hingga ketemu lagi. Mungkin besok anda akan dibawa menziarah Masjid dan makam Nabi s.a.w. Atau mungkin pada pagi kedua anda disana. So jaga2lah kesihatan, itu yang paling perlu sebab disini hendak kemana2 semuanye ngan jalan kaki.
No comments:
Post a Comment