“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”
Salam bertemu lagi,
Diatas adalah Masjid Madinah Al-Munawwarah diwaktu malam, masih ramai orang disekitar.
Sabda Rasulullah s.a.w bemaksud " Sesiapa yang menunaikan fardhu Haji ke Baitullah al-Haram dan tidak menziarahi ku sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada ku" -Hadith Riwayat
Al-Tabarani.
Jadi jika anda memasuki Madinah samaada dari Jeddah atau terus ke Madinah aturcaranya sama aje semasa di Madinah. Anda sampai di hotel anda akan disambut oleh Pegawai2 dan Pekerja2 Tabung Haji .
Di hari kedua semua jemaah akan diminta berkumpul disebelahan hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Ini disebut Ziarah Dalam.
Hari ketiga selepas sarapan jemaah diminta berkumpul lebhkurang jam 7.00 pagi dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba (kita akan bersembahyang disini), Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain (kita akan bersembahyang disini jugak), Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat. Ini disebut Ziarah Luar.
Lawatan ini akan diuruskan olih Tabung Haji, jadi diharap anda semua jangan ketinggalan Semua nya akan menurut jadual. Bila mana anda telah mencukupi 40 waktu, masa untuk bergerak ke Mekah akan dimaklumkan.
Dihari terakhir jemaah diminta bangun untuk sembahyang subuh seperti biasa di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) ingat nombor bas, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Hingga jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment