Salam bertemu lagi.
Selepas semua dah bersedia naik pesawat, penerbangan mengikut jadual.
Oh ya untuk kemudahan nak baca Al-Quran bawalah senaskah Quran kecil yg bolih dibawa dalam beg kecil nanti. Beli yg berbalut dengan pelastik, so kalau kita tak ada wuduk masih lih pegang. Ukuran dia dalam 5 x 7 inci, bawa dari Malaysia, kalau kat sana nak kena cari kedai plak. Klau dah ada bila2 masa lih baca. Jangan buang masa, baca dalam masjid kalau tak buat sembahyang sunat. Rebut lah peluang, kalau dapat khatam kat Madinah 1 kali.
Jemaah perlu ingat didalam pesawat TIDAK dibenarkan mengambil wuduk dlm bilik air. Sekadar melepaskan hajat saja, tapi bolih lah basuh muka. Biasakan dan buat latihan dengan menggunakan botol semburan(spray) yg akan disediakan oleh TH. Lagi satu bawa sepasang selipar lebih untuk ke Masjid takut2 nanti hilang. Selipar kat sana tak sedap langsung.
Penerbangan mengambil masa lbh kurang 7 ke 8 jam.
Kalau kena turun di Madinah, pemeriksaan di Imigresen amat amat lah membosankan.
Anda diuji lagi dengan kerenah ntah apa2 oleh pegawai2 disitu, so SABAR ajelah.
Ambil cap jari kesemua jari, kecuali jari kaki. Orang2 tua yang naik kerusi roda pun tidak terkecuali, bayangkan lah........lambat nye.
Di Madinah, anda akan dibawa ke Hotel dan bagasi besar akan dihantar olih pekerja ke bilik hotel mengikut pelekat di bagasi semasa kita lekat di Kelana Jaya. Lekat baik2 biar senang nampak. Beg kecil yg dibimbit, hendaklah dibawa sendiri bersama beg kecil sandang.
Beg sandang kecil perlu dibawa kemana2 kita pergi. Apa yg perlu ada didalam ialah passport, buku kesihatan, tanda nama atau tag dr THaji, buku doa dan buku cara2 mengerjakan Haji, Quran, sedikit wang tunai Rial dan lain2 keperluan yg Jemaah rasa perlu. Botol spray air dan tuala kecil,sedikit tisu. Pelastik isi kasut ke Masjid. Ramai yg membeli beg lain yg lbh besar sikit apabila sampai di Madinah.Sebab kaum wanita ni banyak yang nak kena bawa. heheheh.
Saya nasihatkan setiap Jemaah perlu ada tunai ditangan lebehkurang 500 rial. Simpan ditempat selamat. Bawa sedikit2 untuk belanja, sbb minum pagi kena belanja sendiri.
Kalau nak tukar di Bank Tabung Haji di Hotel orang ramai, kena tunggu lama gak, buang masa.
Perlu ingat, Jemaah kenalah cam betul2 Hotel yg kita tinggal dan biasakan keadaan disekeliling.
Ramai gak yg sesat, sebab terlupa nak buat pengecaman Hotel.
Keluar awal ke Masjid dan JANGAN bawa hand-phone atau camera.
Kalau nak bawa jugak kenalah sorok2 dibahagian yg dia tak dapat raba.
Dipintu masjid ada polis wanita atau jaga yg akan memeriksa setiap Jemaah yg masuk.
Mereka akan suruh kita bawa balik ke hotel benda2 ini atau rampas. Buang masa nanti.
TETAPI dipihak lelaki pemeriksaan dia agak longgar dan jaganya tidak kisah.
Ok, nanti jumpa lagi......
No comments:
Post a Comment